Friday, 5 February 2021

Kembara AG Nutrition

Tanggal 18 March 2020 bermulalah PKP buat julung kalinya. Semua orang tidak bersedia dan tidak menjangka bahawa PKP ini bakal mengubah perjalanan hidup ramai orang .. bukan sedikit malah hampir secara total. 

Aku juga tidak berkecuali, meskipun kesan pada awalnya bagai tak terasa.. namun lama kelamaan perniagaanku sedikit terjejas. Agak sukar mencari rakan niaga dan pelanggan baru tanpa temu-janji dan bersemuka. Rakan niaga yang sedia ada juga turut menyatakan  hal yang sama.. masing-masing mati kutu kerana kurang terdedah dengan perniagaan berbentuk digital. 

Alhamdulillah tarikh keramat 11 May 2020 menjadi titik tolak pengalaman yang baru. Aku dipertemukan dengan AG Nutrition melalui seorang sahabat bernama Zai. Perniagaan serba moden, pemasaran menggunakan kaedah digital.. sangat sesuai dengan musim pandemik Covid-19. Pada awalnya memang agak cuak juga untuk memulakan perniagaan baru.. almaklum perniagaan baru modal pun baru, rakan niaga pun perlu digali dicanai semula.. namun dengan semangat kesetiakawanan ..kerja berjemaah tidak pernah menghampakan maka cabaran baru kami redah bersama.. 


Gambar: Pertemuan pertama team bersama sifu hebat Kak Ina dan To'Abah selepas PKP pertama tamat.


Pengalaman ini memang menakjubkan "Bagaikan orang mengantuk di sorongkan bantal" alhamdulillah pandemik ini bukan lagi halangan malah peluang yang sangat besar untuk kami. Melalui pelbagai kelebihan baik syarikat, produk, pelan pemasaran dan bimbingan tanpa henti Miracle Team menjadi mudah perniagaan ini kami jayakan.. 

No comments:

Post a Comment