Saturday, 6 February 2021

Uniknya setiap rasa

Ada bermacam jenis kopi di pasaran.. dan setiap satunya punya keunikan tersendiri baik dari segi rasa, aroma dan kandungannya.

Dengan kepelbagaian manusia tidak hairanlah tumbuh bagai cendawan jenama-jenama kopi untuk menarik minat pembeli. 

Saya penggemar Butterscotch coffee keluaran AG Nurition International. Tanpa gula, dengan khasiat Ginkgo Biloba dan Omega-3 cukup terbaik untuk kesihatan saya.

Bagi anda yang mempunyai penyakit diabetes Butterscotch coffee adalah pilihan yang bijak.. anda bolehlah mencuba. Ikhtiar tanpa jemu. 



"Taste that you will never forget"


Bisnes terbaik fasa PKP

Saya bukan penganalisa ekonomi untuk menentukan bisnes apa yang terbaik fasa PKP atau musim Covid19 ini. Cuma melalui pembacaan dan pemerhatian jika anda berhajat nak memulakan bisnes konvensional seperti kedai makan, restoren dan sebagainya, model bisnes ini nampaknya bukan lagi pilihan yang menguntungkan. Banyak keluhan tentang sukarnya untuk membayar gaji pekerja, membayar sewa kedai dan bermacam lagi. Ditambah dengan perintah kawalan pengerakan menambah sukar situasi yang mereka hadapi.

Saya tertarik dengan kata-kata Tun Mahathir yang sangat popular bahawa "Pada tahun 2020 nanti yang pasti industri terbaik adalah Network Marketing (MLM) dan rakyat Malaysia akan berpusu-pusu melakukannya." Dan kini setelah masuk tahun 2021 tenyata kata-kata futuristik Tun menjadi realiti. Begitulah pemimpin yang berkaliber, didasari oleh pengalaman yang sangat luas sebagai negarawan, pakar ekonomi dan perancang negara..



Keratan akbar tentang kenyataan Tun Mahathir berkenaan MLM 

Andai anda terkesan dengan PKP, jangan berfikir lama.. terus bertindak! Hidup ini adalah pilihan.. Pilih sebaiknya:

👉Bisnes konvensional vs Bisnes MLM?
👉Bisnes offline (keluar berjumpa orang) vs Bisnes online dari rumah?
👉Bertindak vs Menunggu?
👉Berkerja dalam pasukan vs Bekerja sendirian?
👉Buat ikut mentor vs Buat ikut dan? (haha.. bahasa utara ya!Faham tak?)

Friday, 5 February 2021

Kembara AG Nutrition

Tanggal 18 March 2020 bermulalah PKP buat julung kalinya. Semua orang tidak bersedia dan tidak menjangka bahawa PKP ini bakal mengubah perjalanan hidup ramai orang .. bukan sedikit malah hampir secara total. 

Aku juga tidak berkecuali, meskipun kesan pada awalnya bagai tak terasa.. namun lama kelamaan perniagaanku sedikit terjejas. Agak sukar mencari rakan niaga dan pelanggan baru tanpa temu-janji dan bersemuka. Rakan niaga yang sedia ada juga turut menyatakan  hal yang sama.. masing-masing mati kutu kerana kurang terdedah dengan perniagaan berbentuk digital. 

Alhamdulillah tarikh keramat 11 May 2020 menjadi titik tolak pengalaman yang baru. Aku dipertemukan dengan AG Nutrition melalui seorang sahabat bernama Zai. Perniagaan serba moden, pemasaran menggunakan kaedah digital.. sangat sesuai dengan musim pandemik Covid-19. Pada awalnya memang agak cuak juga untuk memulakan perniagaan baru.. almaklum perniagaan baru modal pun baru, rakan niaga pun perlu digali dicanai semula.. namun dengan semangat kesetiakawanan ..kerja berjemaah tidak pernah menghampakan maka cabaran baru kami redah bersama.. 


Gambar: Pertemuan pertama team bersama sifu hebat Kak Ina dan To'Abah selepas PKP pertama tamat.


Pengalaman ini memang menakjubkan "Bagaikan orang mengantuk di sorongkan bantal" alhamdulillah pandemik ini bukan lagi halangan malah peluang yang sangat besar untuk kami. Melalui pelbagai kelebihan baik syarikat, produk, pelan pemasaran dan bimbingan tanpa henti Miracle Team menjadi mudah perniagaan ini kami jayakan..